Friday, February 20, 2015

Bangkok

Ba..ba..ba..bangkok city

Kisah bermula pada Selasa lepas sewaktu perjalanan ke tempat kerja. K.Aini (officemate/housemate) saya kata, K.Wani (housemate) tanya, tak nak pegi konsert BSB ke?

Wahh..tak pulak saya tau kisah tu. Haha memang tau BSB nk buat konsert kat KL Mei nanti. Tapi mengenangkan takde geng nak pegi, saya buat bodoh je la. Rupanya tau jugak housemate2 saya ni pasal konsert tu

Pengenalan mengenai housemate2 saya. Mereka semua adalah independent lady. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab semua single. Bukan tak laku ye..haha. Ada 5 orang termasuk saya..umur saya tengah2..paling bongsu berumur 27. Paling tua 33, lepas tu 2 orang 31. Ok finish.

Sambung kisah asal..excited la saya sebab ada geng yang berminat. Tapiiiiiiii, bila google hari Rabu haritu, rupanya tiket dah sold out..tinggal free seating punya zone saja. Kalo ikut kan saya, ok aje. Sbb dah biasa attend konsert dekat Stadium Negara. Area mana pn duduk, memang boleh nampak. Dekat dengan tak dekat je la..

Tapi K.Wani dok bebel..katanya nanti tak nampak AJ and Nick secara dekat (masukkan bunyi cengkerik). Lagi pun, tarikh tu dia ada event company. Siap suggest kitorg pegi yg dekat Manila or Bangkok. Katanya yang dekat Singapore dah totally sold out. Tengok lah kegigihan K.wani sampaikan sudah siap meng'google'..ahaha

Selepas 3 jam senyap dekat group whatsapp (semua dekat office time tu..), tiba2 K.wani ajak pegi konsert yg dekat Bangkok..dh la konsert Bangkok hari Rabu. Tapiii..memang K.wani bersungguh. K.Aini macam reluctant sikit..since bulan 4 sepatutnya ada trip to Perhentian. Takkan bulan 5 nak ke Bangkok. Bulan 10 pula nk ke Korea (lagi)

Disebabkn mereka berdua adalah rakan sekampung/rakan sekolah, rasanya K.wani tetap akan menggunakan kaedah psikologi terhadap K.Aini.. mungkin akan lebih nampak masa depan bila dah secure kan tiket konsert.

So, next mission. Dapatkan tiket konsert. Lepas tu baru book tiket flight.. Kalau jadi, nampaknya trip pertama saya keluar dari Malaysia adalah ke Bangkok kerana BSB..perghh


Then



Now



I grew up listening to their songs..teringat dolu-dolu minat Nick rambut belah tengah..wahahaha. Good old days~

No comments:

Post a Comment