Friday, February 20, 2015

Bangkok

Ba..ba..ba..bangkok city

Kisah bermula pada Selasa lepas sewaktu perjalanan ke tempat kerja. K.Aini (officemate/housemate) saya kata, K.Wani (housemate) tanya, tak nak pegi konsert BSB ke?

Wahh..tak pulak saya tau kisah tu. Haha memang tau BSB nk buat konsert kat KL Mei nanti. Tapi mengenangkan takde geng nak pegi, saya buat bodoh je la. Rupanya tau jugak housemate2 saya ni pasal konsert tu

Pengenalan mengenai housemate2 saya. Mereka semua adalah independent lady. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab semua single. Bukan tak laku ye..haha. Ada 5 orang termasuk saya..umur saya tengah2..paling bongsu berumur 27. Paling tua 33, lepas tu 2 orang 31. Ok finish.

Sambung kisah asal..excited la saya sebab ada geng yang berminat. Tapiiiiiiii, bila google hari Rabu haritu, rupanya tiket dah sold out..tinggal free seating punya zone saja. Kalo ikut kan saya, ok aje. Sbb dah biasa attend konsert dekat Stadium Negara. Area mana pn duduk, memang boleh nampak. Dekat dengan tak dekat je la..

Tapi K.Wani dok bebel..katanya nanti tak nampak AJ and Nick secara dekat (masukkan bunyi cengkerik). Lagi pun, tarikh tu dia ada event company. Siap suggest kitorg pegi yg dekat Manila or Bangkok. Katanya yang dekat Singapore dah totally sold out. Tengok lah kegigihan K.wani sampaikan sudah siap meng'google'..ahaha

Selepas 3 jam senyap dekat group whatsapp (semua dekat office time tu..), tiba2 K.wani ajak pegi konsert yg dekat Bangkok..dh la konsert Bangkok hari Rabu. Tapiii..memang K.wani bersungguh. K.Aini macam reluctant sikit..since bulan 4 sepatutnya ada trip to Perhentian. Takkan bulan 5 nak ke Bangkok. Bulan 10 pula nk ke Korea (lagi)

Disebabkn mereka berdua adalah rakan sekampung/rakan sekolah, rasanya K.wani tetap akan menggunakan kaedah psikologi terhadap K.Aini.. mungkin akan lebih nampak masa depan bila dah secure kan tiket konsert.

So, next mission. Dapatkan tiket konsert. Lepas tu baru book tiket flight.. Kalau jadi, nampaknya trip pertama saya keluar dari Malaysia adalah ke Bangkok kerana BSB..perghh


Then



Now



I grew up listening to their songs..teringat dolu-dolu minat Nick rambut belah tengah..wahahaha. Good old days~

First post

Uhhh..apa khabar?

Haha agak awkward disitu. Lamanya tak mencoret. Sebenarnya ini blog baru, nasib baik url still boleh guna yang sama.hehe..

Blog lama tu dah delete..atas sebab-sebab tertentu. Baiklah, kalau blog yang lama tu kebanyakkannya berkisahkan KPOP, yang baru ni mungkin lebih random. Adakah saya telah meninggalkan dunia Kpop? Sudah pasti tidak..hehe mungkin disebabkan pandangan masyarakat tempatan terhadap Kpop menyebabkan saya malas nak berbicara. Tapi saya rasa faktor utamanya adalah usia (tua dah tu)..haha minat itu biarlah saya simpan sorang-sorang. Atau pun dikongsi dengan manusia-manusia yang seangkatan dengan saya..ehh housemates saya semua berminat dengan Korea ni..tak kisah la lagu,drama,culture. Sorang tu siap setiap tahun pegi Korea..ini tidak boleh jadi..hehe

Nampaknya post ini macam takde arah tujuan..ahahaha. Baiklah..apa yang berlaku dalam hidup Yana sekarang ni?

Kerja - berjaya kerja dalam bidang IT walaupun tak berkaitan dengan kos sewaktu belajar. 

Sewaktu bergelar fresh graduate dulu, saya memang tak pandang bahagian support or helpdesk ni. Since i dont like talking to users and the simple mindset of thinking yang helpdesk is something like a call centre..totally wrong. Big time..haha. Now my perspective towards Helpdesk have changed :)

Tapi sekarang, apa jadi? haha you can never know what will happen to your future, kan? Helpdesk is totally different from call centre. Depends on what you are supporting..ada helpdesk support for network, ada yang hardware, ada yang kena tau basic troubleshooting (which quite a hassle kalau user anda adalah seorang yang tak IT savvy. You need to match the terms to the same level as non IT savvy users)
Sekarang, saya lebih kepada basic troubleshooting for harwdware/software/network. Basic je..kalo tak berjaya, hantar saja engineer/technician. Tapi tasks paling main adalah support system yang user pakai.

Yana juga masih single (puih). Haha i guess im getting more independent day by day. Sewaktu hari lahir tahun lepas, ada juga kakak ipar bertanya sebab katanya ada ibu2 nak kenal kan anak teruna. But i was so flustered, so i ended up replying 'Speechless i'. She ended up to not replying after that. Ehehehe (Yana bengong)

Oklah..nampaknya skill bercerita dah berkarat. Lain kali kalau rasa hendak membebel, akan muncul lah entry lain. Sekian ^_^