Monday, March 16, 2015

Akhirnya

Post yg ni berkaitan dengan post sebelum..hehe

Okay..pada hari yang dinanti-nantikan, 03/03/2015 jam 11am (waktu Malaysia), K.Wani dh standby depan PC kat office dia..nak book tiket konsert. Haaa gigih kau..haha. Dan akhirnya, jam 11:08am (waktu Malaysia), telah berjaya mendapat 4 tiket. Apaaaa??? ini bukan lagi mimpi

Tugas K.Wani settled.. macam xpercaya lak dapat grab tiket. Seterusnya, tugas K.Aini sebagai tukang book tiket flight. Diserahkan pada dia sebab lagi 3 orang mana biasa buat..haha 2 orang passport pun tarak (me and K.Wani). Tapi sebelum itu, marilah apply cuti terdahulu.

Keje helpdesk ni bukan boleh sesuka hati nak cuti.. sehari 3 orang je leh cuti. Cek-cek tarikh 4&5 Mei dah ada 2 orang lak..aisehmen. Tibai je hantar email dekat leads. Tengah excited dok menggoogle kat opis, boleh pulak salah sorang leads iaitu abang model tanya sekuat2 alam (abang model sbb dia rupa boleh tahan..mcm pelakon sinetron, eh itu utk drama indon. ala mcm pelakon drama filipin. dh dia pn mmg org filipin..hehe. kawin dh ye, ank sorang).

Abg model : Yana
Me: Yesss (jenguk2 kasi nampak muka plus kaver terkejut sbb tgh wat keje lain)
Abg model : where are you going? (pantas sungguh beliau baca email cuti aku)
Me: uhhh..wait2 (bukak Lync..apa beliau xbole ping aku ke.kenapa nk kena tnya dikhalayak ramai)

So, ping dia bagitau nk g Bangkok. And since sehari 3 orang je bole cuti, and K.aini pun nak cuti sama yang sama gak, abg model tolong adjustkan saya off hari Isnin & Selasa untuk bulan Mei ( selamat tinggal cuti weekend ku) dan K.Aini dikategorikan sebagai annual leave.

Booking penginapan diserahkan kepada saya. Tapi sebelum tu dah sama2 survey nak duduk mana,bajet etc.. itu pun semua dh settled. So, sekarang passport, beg, kasut. Payahnya 1st time nk travel ni..haih..melayang fulus